SOALAN LAZIM


SOALAN LAZIM
1. Siapakah RichMind Ezy Top Up?
Kami adalah sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan / membekal produk e-reload kepada semua individu yang berminat untuk menjalankan perniagaan prepaid reload.
Pelbagai produk e-reload kami sediakan untuk kemudahan anda semua. Selain produk e-reload, kami menyediakan produk Softpin termasuk produk yang agak sukar didapati seperti Friendi, Buzzme dan lain-lain.
Produk utama kami adalah Celcom, Maxis, Digi, Umobile dan TuneTalk. Namun kami juga menyediakan produk-produk lain seperti Xox, Altel, Clixster dan I-Talk.

2. Apakah itu e-reload?
E-reload adalah satu cara untuk tambah nilai akaun prepaid anda melalui SMS sahaja tanpa menggunakan kad fizikal. Hanya perlu memasukkan nombor pelanggan beserta format tertentu. Kredit akan terus masuk ke akaun pelanggan.

3. Apakah itu Softpin?
Softpin ialah nombor siri reload seperti di kad topup. Yang membezakan kad topup dan softpin adalah, nombor siri reload akan dihantar melalui sms kepada anda. Bukannya melalui kad topup.

4. Kenapa Perlu Pilih Kami?
1. Satu Simkad, boleh jual hampir 30 produk
2. Pendaftaran Sekali Seumur Hidup
3. Pendapatan Real-time. Sistem Web Report disediakan.
4. Boleh topup pakai hp, aplikasi android/ios dan melalui website.
5. Sistem server 24jam sehari, 7 hari seminggu.
5. Bagaimanakah keuntungan diperolehi oleh agen?
Contoh, anda menjual Umobile RM100. Kadar keuntungan bagi topup Umobile adalah 5%. Server hanya akan menolak RM9.50 (zaman GST, tolak RM10.10, anda jual RM10.60. Keuntungan RM0.55) sahaja dari baki akaun modal anda. Jika anda ada modal RM100, maka baki anda adalah RM89.90. Pelanggan dah bayar RM10.60 tunai.
6. Bagaimana Server berfungsi?
– Pelanggan memesan Topup melalui anda, Contohnya Umobile RM10
– Anda menghantar SMS mengikut format ke Server Topup Bisneseload.com
– Sila pastikan akaun modal topup mencukupi untuk melakukan transaksi reload itu, jika tidak sila buat penambahan modal dahulu. (Akaun modal topup anda & akaun prepaid henset anda adalah berbeza)
– SMS yang anda dihantar ke Server akan diproses untuk reload
– Jika berjaya, server hanya menolak RM9.50 sahaja. Diskaun ini adalah mengikut Margin yang telah dinyatakan di website. (Sila rujuk margin terbaru)
– Pelanggan menerima SMS reload berjaya dari Telco
– Transakasi berjaya, anda menerima RM10 daripada pelanggan, jadi keuntungan anda adalah RM0.50.
– Proses di atas berlaku dalam 60 saat hingga 3 minit biasanya.

 
Blogger Templates